Modul 1: Strategi Pemasaran Digital
15 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2026, telah berlangsung Modul 1: Strategi Pemasaran Digital dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang asas strategi pemasaran digital yang berkesan dalam meningkatkan daya saing perniagaan.
Peserta diperkenalkan kepada teknik menggunakan platform dalam talian untuk mempromosikan produk, membina jenama, serta menarik pelanggan baharu. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan perancangan strategik dan komunikasi visual dalam memastikan keberkesanan pemasaran digital.
Program ini diharap dapat membantu usahawan dan pelajar memahami langkah awal dalam mengaplikasikan strategi digital secara lebih teratur dan praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: